Pages

My Twins

Tuesday, June 22, 2010

Hari Terbuka TUDM Kuantan






19 Jun 2010 - Hari terbuka TUDM Kuantan..Teringin sangat nak pg tengok pameran n pertunjukkan dari anggota TUDM ni... & alhamdulillah my lovely husband setuju nak bawak saya n my twins pg ke hari terbuka TUDM. Kami bertolak dari rumah mertua lebih kurang pukul 8.30 n lebih kurang pukul 9.30 kami sampai di kem tersebut yang terletak di batu 10 kuantan.

Time sampai tu, my lovely husband ckp, "Ala terlepas doh nok tengok perasmiang" (loghat terengganu kite)..kebetulan masa sampai tu baru je lepas perasmian..tapi x pe, walaupun da terlepas perasmian, kami still ble tengok pameran n pertunjukkan lain.

Adala jugak beberapa pertunjukkan yang kami sempat tgk, pertunjukkan payung terjun & pas tu pertunjukkan udara. My lovely husband cakap kalau dulu orang awam ble tgk n naik jet2 yang diorg pamer. tapi skrg da x ble da. just ble tgk dari luar n ble amik gambar je la. tapi ada juga yang diorg benarkan orang awam masuk contohnya helikopter Nuri & ada satu kapal terbang (tp da lupa nama apa kapal terbang tu) my lovely husband kata kapal terbang tu ''orang puteh punye".

Tapi kami x naik pun sbb panas, kesian plak kat anak2 nak berasak2 dalam tu..kami just amik gambar dari luar je. & pas tu kami just duk rehat2 bawah pokok je sbb cuaca da panas sgt bila da tgh....Kami gembira tgk anak2 kami gembira...=)


Terubat Rindu

Alhamdulillah setelah 2 minggu berada di Jawi akhirnya kami semua selesai satu lagi sesi pengajian di ILKM Jawi..Tunggu bulan 8 ni la plak nak exam.. pagi 18 Jun 2010 akhirnya sampai juga ke kuantan n terubatla rindu pada suami dan anak2...x sabarnya nak abiskan DPLI ni..kesian plak kat anak2 slalu kena tinggal kat umah nenek.. =(.. Tapi x pe..kena banyak2 bersabar, n kena banyak2 berdoa moga Allah beri kekuatan untuk mengharungi semua ni & Moga Allah permudahkan urusan...Aminnn.

Tuesday, June 15, 2010

Start walking...

Alhamdulillah my twins da boleh berjalan & berlari....


My Twins

Naufal & Iffah (Day 1)

Alhamdulillah, Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa , Tanggal 28 Oktober 2008 , sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan telah selamat dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu atau lebih dikenali dengan Hospital Sulatanah NurZahirah. Terima Kasih sekali lagi ya Allah kerana engkau telah memberikan kami anugerah yang begitu bernilai dalam hidup kami. InsyaAllah kami akan menjaga Anugerah yang engkau kurniakan ini sebaiknya dan kami akan memberikan didikan agama yang sempurna kepada mereka berdua dan semoga anak-anak kami ini akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah…aminnn. Alhamdulillah, pasangan kembar kami ini telah di beri nama Nurul Iffah yang bermaksud “Cahaya yang Terpelihara” dan Ahmad Naufal yang bermaksud “Dermawan yang Terpuji” semoga anak-anak kami ini akan sentiasa terpelihara dari segala perkara-perkara yang tidak baik dan semoga mereka menjadi seorang yang pemurah.




My Twins Day 6


3 Months





My Husband


Alhamdulillah, tanggal 14 Zulkaedah 1428H bersamaan 24 November 2007 telah termetrainya ikatan pernikahan di antara Mohd Fadhir Bin Ismail bersama Nuraisyah Binti Roslan. Terima Kasih Ya Allah kerana engkau telah mempertemukanku dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab, taat dan patuh kepada ajaranmu ya Allah..Semoga Perhubungan kami ini diberkati olehmu Aminnn…

Who Am I?

Alhamdulillah insan kerdil ini merupakan seorang hamba Allah, isteri kepada Mohd Fadhir Bin Ismail anak kepada pasangan Roslan Bin Mohd dan Zaitun Bt Omar dan Alhamdulillah juga merupakan ibu kepada pasangan kembar nurul Iffah Bin Mohd Fadhir dan Ahmad naufal Bin Mohd Fadhir.